Wednesday, September 12, 2012

Masalah streamyx slow / lambat – Sebab dan cara penyelesaian..


Ramai yang mengatakan internet di rumah agak lambat. Sebelum membuat sebarang aduan, adalah sangat membantu sekiranya kita mampu memberi maklumat yang tepat mengenai punca masalah yang terjadi bagi membolehkan pihak TM menyelesaikan dengan cepat. Posting ini hanya berkaitan masalah yang terjadi dari segi perkakasan dan bukan perisian. Berikut adalah sedikit ulasan dari saya mengenai beberapa faktor yang sering menyebabkan masalah talian broadband streamyx serta cara-cara bagi troubleshooting (kenal pasti masalah – dibawah). :
  1. Line telefon ada noise (iaitu bunyi bising yang tak sepatutnya ada – sangat biasa terjadi)
  2. Modem semakin panas (modem / router modem)
  3. Collision paket yang terlalu banyak (masalah pd roter / switch “dan atau” pc)
  4. PC – NIC (kad network) yang bermasalah (problem).
Bagi mengesan masalah adalah sangat mudah, cuba ikuti langkah2 berikut satu persatu dengan memahami langkah2 yang diberikan..
**Sebelum proses troubleshoot (mengesan punca masalah), pc yang digunakan sebolehnya adalah fresh install windows dan tiada applikasi 3rd party (iaitu aplikasi tambahan). Ini adalah untuk mengasingkan (isolate) masalah hardware dan software dari proses troubleshoot ini.
Line fone yg ada noise (bunyi bising)
  • tutup pc anda, dan angkat fone, cuba call 103 dan berbual lah (apa saja) dengan operator bagi mengesan masalah noise.. ambil masa 1 min, beri perhatian pada bunyi buzz yang mungkin wujud semasa perbualan. Sekiranya dikesan bunyi tersebut, pastikan operator juga mengesahkan tentang gangguan noise. Jika operator juga mendengar noise tersebut, ini adalah bermaksud gangguan noise pada talian anda agak kritikal. Terus call 100 di bahagian teknikal laporkan masalah noise yang anda alami.
  • d link atm statistic error 248x164 Masalah streamyx slow / lambat   Sebab dan cara penyelesaian.. streamyx 2  streamyx Router port network modem forward
    d-link-atm-statistic-error-streamyx
    bagi kepastian dengan lebih mendalam (secara teknikal) .. on suis pc anda, masuk ke menu router (192.168.1.x – x: bergantung pada jenis/ip router), semak statistik bagi adsl / atm, lihat pada transmite “tx” dan receive ”rx” error counts. Sepatutnya column ini tidak mempunyai error counts seperti disebelah (jika ada error counts untuk “tx” atau “rx”, line fone juga bermasalah; mengakibatkan talian internet lambat atau tersekat sekat). Dari semasa ke semasa, jika error counts ini akan meningkat, pada satu ketika ia akan menyebabkan talian internet anda terus terputus..
  • Setelah anda sedia maklum dengan masalah yang di akibatkan oleh bunyi bising dalam talian telifon, terus hubungi “100″, terus ke “Bantuan Teknikal”. Beri tahu pada “pembantu teknikal streamyx-tm”, masalah “noise” atau “bunyi bising” pada talian telefon yang menyebabkan internet terlalu perlahan dan sering terputus. PENTING: ambil dan simpan salinan nombor report yang diberikan. Dalam masa 24 jam, pihak sub-kontraktor dari TM (telekom malaysia) akan datang dan membuat ujian noise ke atas talian fone anda. Tiada bayaran dikenakan, biarpun kabel talian telefon terpaksa ditukar, atau sebagainya). Bantuan teknikal streamyx dipertanggungjawabkan dalam masa 24 jam untuk hadir ke premis anda (masa dikira mulai saat report anda dibuat). Jika dalam 12 jam, tiada sub-kontraktor yang datang ke rumah, call semula “bantuan teknikal” dan semak status report anda. Tanyakan samada pihak TM telah menghantar kontraktor atau belum. Sekiranya belum, jelaskan keadaan streamyx dan keperluaan anda menggunakannya dalam sekadar segera. Itu sahaja.
  • Jika pihak teknikal sedang datang ke rumah, pastikan masalah internet terputus atau perlahan di selesaikan dengan membuat verifikasi keatas kelajuan internet anda. Semak kelajuan internet disini. Juga pastikan noise tidak lagi wujud.
Modem (atau router modem) semakin panas.
  • Modem (kebiasaanya router modem yang digunakan oleh semua pelanggang streamyx), menjadi panas disebabkan banyak faktor salah satunya adalah faktor kedudukan modem di tempat yang tertutup dan panas. Setiap alat elektronik atau elektrik akan terjejas kecekapannya sekiranya dibiarkan panas dalam tempoh yang lama.
  • Tutup router-modem dahulu dan biarka seketika. Ubah kedudukan modem / router ke tempat terbuka dan kurang kepanasan.
  • Elakkan meletakan router modem di tempat seperti di bawah meja, atau di dalam laci atau kabinet, di atas pancaran cahaya matahari secara terus, dan sebagainya.
  • Semak statistik router seperti gambar di atas, dan pastikan error counts bagi “tx” dan “rx” berkurangan atau terus menjadi “0″.
Collision paket yang terlalu banyak (masalah pd roter / switch "dan atau" pc)
  • Paket boleh berlanggar atas masalah pada cable cat 5 (cable network) dan juga pada switch / router.
  • Masuk ke menu router dan akses ke statistik; lihat statistik bagi menu ethernet / LAN, pastikan tiada error pada collision (perlanggaran) dan lain2 ralat yang berkaitan ethernet. Jika ada, cuba tukar cable network (cat5) dan gantikan dgn kabel yang baru. Jika masih ada collision, pasang switch / router tadi di tempat lain dan semak semula statistik ethernet. Jika masih ada, router modem berkemungkinan mengalami masalah, tukarkan dengan yang baru / ganti.
  • port forward wag200g linksys 216x248 Masalah streamyx slow / lambat   Sebab dan cara penyelesaian.. streamyx 2  streamyx Router port network modem forward
    port-forward-wag200g-linksys
    Applikasi yang menghantar paket yang banyak perlu di salurkan secara betul (destinasi paket) dengan membuka port pada firewall dan menetapkan IP tertentu yang memerlukanya. Teknik ini dikenali sebagai “port forwarding“. Cara untuk set port-forwarding yang betul bagi setiap jenis modem / router boleh di perolehi disini : www.portforward.com ; gambar disebelah adalah contoh bagi forwarding yang telah ditetapkan bagi telnet dan applikasi torrent.
  • Collision paket juga boleh berlaku disebabkan terlalu banyak paket yang dihantar pada masa yang sama. Applikasi yang menghantar paket yang banyak selalunya adalah aplikasi yang memerlukan download (downstream) dan upload (upstream) yang banyak dari segi kuantiti. Applikasi yang dimaksudkan adalah seperti applikasi torrent dan p2p (eg. ares). Tutup applikasi tersebut dan cuba troubleshoot semula collision paket error dari menu tetapan modem router.
PC - NIC (kad network) yang problematic.
  • NIC (kad network) – jika kesemua masalah diatas telah diperiksa tetapi masih lagi talian internet anda slow / lambat, cuba tukar NIC – kad network anda. Biasanya NIC yang rosak mengakibatkan lampu LED pada NIC bagi DATA / LINK tidak bernyala atau hanya bernyala satu sahaja. Lampu pada NIC adalah petanda yang menunjukkan sebarang aktiviti menghantar dan terima paket dari kabel.
Sila ambil perhatian sekali lagi.., tutorial bagi proses troubleshooting ini hanyalah untuk mengesan masalah streamyx dari segi perkakasan (peralatan) sahaja. Sekiranya anda mendapati tiada sebarang masalah bagi peralatan setelah mengikuti langkah langkah di atas, ini bermaksud peralatan anda dalam keadaan yang memuaskan. Sekiranya masih lagi terjadi masalah internet terlalu perlahan, anda mungkin perlu memeriksa dari segi perisian pula (lihat link dibawah). Walaubagaimanapun, kadangkala masalah yang terjadi juga adalah disebabkan kesesakan / kegagalan peralatan yang berada di exchange site TM – untuk memastikan kawasan anda tidak mempunyai masalah, sila call 100 dan tanya pada operator samada kawasan anda terlibat dalam aktiviti baik pulih / meningkat upaya yang dilakukan oleh pihak TM..
Harap posting ini sedikit sebanyak membantu

24 comments:

  1. No tm report internet slow 27/11/2012
    1-4864288096

    Speed download sepatutnya 800 ke atas
    Speed upload sepatutnya 500

    mordem tak berfungsi

    laporan tak ade tindakan dah masuk hari ke lima

    ape cerita

    ReplyDelete
  2. Internet Kat rumah saya sangat lambat,kelajuan internet saya ialah 1.27mbps,tetapi orang lain lebih laju,Dan apabila saya download is teramatlah lambat,boleh tolong?

    ReplyDelete
  3. Woii dekat rumah aku xde langsung sambungan internet.
    Bill dah bayar tp xde pun internet.
    Dekat 4 hari dah.

    ReplyDelete
  4. Nak buka instagram, wechat, facebook pun lambat. Youtube pun slow je gerak. Yg laju pun whatsapp. Sbb x pakai banyak data. Unlimited? Connected dengan 6 phone. Tapi pagi saya dgn mak saya je pakai. Tetap slow. Aiyaa

    ReplyDelete
  5. Nak buka instagram, wechat, facebook pun lambat. Youtube pun slow je gerak. Yg laju pun whatsapp. Sbb x pakai banyak data. Unlimited? Connected dengan 6 phone. Tapi pagi saya dgn mak saya je pakai. Tetap slow. Aiyaa

    ReplyDelete
  6. Packet loss ada lagi ko pgi ckap kat najib bodo tu guna duit btol2 tak tahan la nak belah rasa negara bodoh ni.

    ReplyDelete
  7. Packet loss ada lagi ko pgi ckap kat najib bodo tu guna duit btol2 tak tahan la nak belah rasa negara bodoh ni.

    ReplyDelete
  8. nak buka apa segala nya lmbt..wifi lagi la.cam chipsmore..loading memanjang..mohon atasi masalah ini..

    ReplyDelete
  9. senang cite tm streamyx sampah

    ReplyDelete
  10. Apakah cara untuk lajukan line internet 4 streamyx?? Slow je internet..

    ReplyDelete
  11. Langgan 1mbps tp dpt kelajuan xsampai 300kbps... mcmana tu... rugi byr ratus² tp dpt speed mcm free basic...

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Langgan 8mbps, dan bila buat speedtest guna OAKLA memang dapat 8Mbps.

    Tapi bila download file, nengok transfer rate (guna software NetSpeedMonitor) cuma 1Mbps sahaja. Apa masalah?

    Dah call TM care line & technician TM pn dh check kerosakan dan buat kerja baik pulih.

    Tp malangnya bila test download, transfer rate still sama around 1Mbps sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 8mbps..brsmaan dgn per second download hnya 900kbps..jgn jd bangang sgt.ok..ko nk laju guna unifi..

      Delete
    2. X faham bahasa ko ni.
      8Mbps xkan dpt 1Mbps pulak. Servis kalau taik kucing x yah la nak iklan macam2. Gampang punya telekom !!

      Delete
  14. Assalamu'alaikum & Selamat Sejahtera..

    Saya bukan pandai sangat..tapi setahu saya bila satu modem tapi user ada 3-4 device satu kali jalan..speed internet akan drop..

    Tapi memang setuju line sangat-sangat slow walaupun 1 device je yang connect (guna wi-fi connection)

    Saya berpendapat modem yang TM supply masa pemasangan awal dulu tak boleh handle multiple connection. Saya nak tukar modem baru tapi tak tahu cara..

    Satu lagi kekecewaan dari segi lewat bayar 1 bulan dah kene potong line..dan kene cas RM 20 untuk sambung semula (RM 10 untuk Internet + RM 10 untuk Talian Telefon)..

    Kalau kata tak bayar juga sebulan tu, akan carry on bulan ke 2..contohnya sebulan RM 110..carry bulan ke 2 jadi RM 220..bulan ke 2 tak pakai sebulan tapi dah kena cas penuh RM 110 untuk bulan ke 2..tak pakai sebab tak dapat nk pakai..

    So secara mudah nya bayar penuh tapi tak ada line internet..mcam mana pula tu..? mohon pencerahan sebab saya kena bayar 5 bulan tunggakan untuk talian yg tak dapat pakai..

    Kalau tunggakan tapi internet boleh pakai saya tak kisah..tapi free-free saya bayar untuk perkhidmatan yang dah kena potong awal bulan pertama.

    Mohon pencerahan daripada pihak tuan

    Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole mintak prorated kot. Utk yg xboleh guna tu. Hubungi billing. Tm akan deduct bil yg kita tkleh guna

      Delete
  15. Tm slow... Langgan 4mbps... Tapi mcm 1mbps... Tau care nk jadi laju blik x??

    ReplyDelete
  16. kepada pengguna2 tm yg kecewa atau letih buat aduan banyak kali kepada tm sila wat aduan ke http://www.skmm.gov.my/..baru laju dorang wat kerja.lewat x bayar sebulan dh kena ptong wlaupun tak smpai limit kredit.tenet pula kerap putus dan makin pelahan.buat aduan masalah tak selesai dah pn tutup aduan tnpa tnya pihak penggadu dulu.

    ReplyDelete
  17. Makin teruk streamyx skrg,1 bintang pun aku taknak bagi

    ReplyDelete
  18. Aku bru psang internet dkt rumah ambik pakej 8mbps tpi bila test speed paling tinggi dpt 4.5mbps nk download apa2 lmbat gila hmm apa yg ptut aku buat?

    ReplyDelete